Thursday, November 3, 2016
AYAM GORENG BEREMPAH...
AYAM GORENG BEREMPAH
buku masakan 'Ruzita's Kitchen'...
dicuba : zaralovebaking..(sedap)
Bahan-Bahan :
3 ketul peha ayam (saya guna 1/2 ekor ayam dipotong kecil)
3 tangkai daun kari atau secukupnya
1/2 sudu besar ketumbar biji
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam/daging
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar :
2 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Kisar serai, lengkuas, kunyit hidup, halia dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk rempah kari dan ketumbar biji.
3. Ayam digaul dengan bahan kisar, garam dan gula.
4. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan berwarna keemasan.
5. Bila ayam hampir masak, masukkan daun kari. Gaul rata.
6. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment