Selepas dibakar sebentar anggaran 10 minit suhu 180'C
untuk difrozenkan...
KARIPAP
cetusan idea : Nornahar Akhmar@Group : MAHN...
dicuba : zaralovebaking...
Kulit Karipap JJ versi Karot
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin atau mentega
1/2 sudu teh garam halus
3/4 cawan air biasa @ 120 gm - jangan dituang semua agak-agak tidak melekat di tangan saja
1/2 batang karot - di sagat halus
5 helai daun bawang - dihiris halus
sedikit krim super (optional)
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara :
Ayak tepung, gaul dengan marjerin atau mentega menjadi serbuk roti, campurkan daun bawang dan karot, kacau/gaul rata. Kemudian larutkan garam dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh dan sapu krim super (jika ada) dan uli hingga licin dan perapkan selama 10 minit baru ditimbang doh 20-25 gm setiap satu. Gelek/canai dan isi inti dan kelimkan dengan kemas.
Untuk menggoreng campurkan shortening sebanyak 1 sudu besar ke dalam minyak semasa hendak menggoreng, biar gebus montok karipapnya. Goreng hingga masak dan kekuningan menggunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.
BAHAN INTI KARIPAP
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
4 biji kentang saiz besar dipotong dadu kecil
1 cawan ayam - bahagian dada, cuci & dipotong dadu kecil
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 sudu besar serbuk rempah kari dibancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kari
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak :
1. Tumis daun kari dan bahan kisar (termasuk cili kisar) hingga naik bau dan garing.
2. Masukkan serbuk rempah kari dan masak hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam yang didadu tadi, biarkan ia masak sepenuhnya.
4. Masukkan kentang dan air secukupnya (sekadar tenggelam kentang), renih hingga kentang empuk.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sampai mengering.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Sejukkan dulu sebelum digunakan...
No comments:
Post a Comment