BROWNIES BUAH
sumber : Chef Fazalina..cookbook
Bahan-Bahan :
150 gm coklat masakan - dipotong kecil
113 gm mentega
2 sudu makan serbuk koko
1 cawan gula kastor (next time kurangkan sikit sebab manis)
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred B
95 gm tepung gandum - diayak
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan buah-buahan campuran@dried mixed fruits
Cara-Cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Griskan mentega di dasar loyang berukuran 8" x 8" persegi dan alaskan dengan kertas baking. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan dan mentega menggunakan kaedah double boiling. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan serbuk koko dan gula kastor ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanilla. Kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan tepung gandum, garam dan buah-buahan campuran ke dalam adunan coklat itu dan kacau sebati.
6. Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 25-30 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan sebelum dipotong. Enak juga dihidangkan bersama ais krim perisa vanilla...
No comments:
Post a Comment