Tuesday, November 1, 2016
PUDING ROTI CHEESE...
PUDING ROTI CHEESE
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
6 keping roti putih - digunting atau dicarik-carik
400 ml susu segar atau susu cair
4 biji telur gred A/B
100 gm gula pasir
100 gm keju Cheddar - diparut/sagat
50 gm mentega
1 sudu teh esen vanilla
Kismis secukupnya
Cara-Cara :
1. Gunting atau carik-carik roti dan masaukkan ke dalam loyang, taburkan kismis ke atasnya. (saya guna aluminium foil dan lenserkan dengan sedikit mentega terlebih dahulu untuk mengelakkan dari puding melekat di aluminium foil), ketepikan.
2. Di dalam periuk, panaskan susu segar/susu cair bersama mentega hingga mentega cair. Matikan api dapur. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, campurkan telur, gula pasir, esen vanilla dan sebahagian daripada keju parut.
4. Kemudian tuangkan susu suam tadi ke dalam campuran telur dan kacau rata. Seterusnya tuangkan ke atas roti yang telah di atur di dalam loyang/aluminium foil bersama kismis tadi.
5. Taburkan lebihan parutan keju ke atas puding roti dan bakar pada suhu 170'C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Setelah masak dan sejuk, hidangkan puding bersama aiskrim pilihan atau ikut citarasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment