14/10/2016 (Jumaat) - Disediakan oleh anak kedua ku...
AYAM BAKAR KICAP
sumber : Ilham Dapur; (sedapp)...
Bahan-Bahan :
1 kg ayam - dipotong 4
3-4 biji cili merah *
1 labu bawang besar bombay *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci hirisan halia *
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit asam jawa - tidak perlu dibancuh dengan air
Kicap manis secukupnya
Sedikit garam, gula & serbuk aji, jika suka
Cara Memasak :
1. Cuci ayam dan toskan, lumur ayam dengan sedikit garam.
2. Kisar lumat kesemua bahan bertanda * dengan kicap manis kemudian sebatikan dengan serbuk ketumbar, lumur pada ayam dan perap selama 30 minit atau lebih jika suka.
3. Susunkan ayam di dalam loyang beralaskan aluminium foil. Bakar selama 50-60 minit di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C.
4. Bila dah masak, sapukan ayam dengan sedikit minyak dari loyang bakar ayam tadi agar ayam kelihatan berkilat dan basah.
Bahan Sambal : (tak buat)
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah
1 ulas kecil bawang putih
2 hirisan tomato
Sedikit jus limau/lemon atau air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Cara-Cara :
Kisarkan kesemua bahan perasakan secukup rasa biar ada rasa yang seimbang. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar/ikan bakar dan ulaman.
No comments:
Post a Comment