KEK PISANG

Monday, October 17, 2016

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT...











CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
sumber  :   Fiza's Cooking...





Bahan-Bahan A :  (diayak & ketepikan)

125  gm  tepung gandum
  30  gm  serbuk koko
 1/2  sudu teh  garam


Bahan-Bahan B :

300  gm  chocolate compound  -  dicincang kasar
100  gm  butter


Bahan-Bahan C :

100  gm  gula kastor
    3  biji  telur gred A/B
    1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Potongkan bahan-bahan B :  chocolate compound dan butter.  Satukan dalam bekas tahan panas dan cairkan secara double boiler.

2.  Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan C.  Pukul sekadar sebati sahaja, jangan terlalu lama.

3.  Tuangkan adunan bahan-bahan C ke dalam adunan bahan-bahan B.  Masukkan bahan-bahan A yang telah di ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.  Gaul sebati.  (Proses ini perlu dilakukan dengan pantas kerana coklat masakan akan menjadi likat jika dibiarkan lama pada suhu bilik).

4.  Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci persegi, di alas dengan kertas minyak, taburkan hirisan badam di atasnya, jika suka.

5.  Bakar di dalam oven yang dipanaskan terlebih dulu pada suhu 170'C selama 35 minit sehingga masak.

No comments:

Post a Comment