KEK PISANG

Friday, October 7, 2016

KUBIS MASAK LEMAK PUTIH RINGKAS...











KUBIS MASAK LEMAK PUTIH RINGKAS
sumber  :    SAJI Mei 2015...





Bahan-Bahan :

    1  labu  bawang besar  -  dimayang
    2  ulas  bawang putih  -  hiris
    1  tangkai  cili merah  -  hiris  (tak letak tiada stok)
250  gm  kubis  -  hiris kasar
    4  tangkai  kacang panjang  -  potong-potong 1 inci (tambahan)
200  ml  santan
200  ml  air
    1  sudu makan  ikan bilis atau udang kering
Garam & lada hitam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Masukkan santan, bawang putih, cili merah, ikan bilis, garam dan lada hitam secukup rasa ke dalam periuk.  Kacau dan biarkan hingga mendidih.
2.  Kemudian, masukkan kubis, kacang panjang dan tambahkan sedikit air.  Gaul sebati.
3.  Selepas itu tutup periuk selama 5 minit atau hingga kubis, kacang panjang layu, lembut dan masak.
4.  Sesuaikan rasanya dan tutup api.
5.  Sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment