serve with fresh whipping cream
WAFFLES COKLAT
sumber : FB...
Bahan-Bahan :
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
2 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
3 biji kuning telur gred A/B
3 biji putih telur
1/4 cawan mentega/marjerin - dicairkan (saya guna minyak jagung)
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh coklat emulco
Cara-Cara :
1. Panaskan acuan waffle.
2. Tapiskan kesemua bahan kering : tepung gandum, serbuk koko, baking powder, gula, garam ke dalam mangkuk.
3. Dalam mangkuk lain, satukan kuning telur, mentega cair, susu segar, coklat emulco dan putar/pukul hingga sebati dan kembang. Kemudian masukkan bahan kering sedikit demi sedikit, kacau/gaul sebati menggunakan whisk atau senduk kayu.
4. Dalam bekas bersih, pukul putih telur hingga kembang dan kental (meringue), kemudian campurkan putih telur ke dalam adunan kuning telur tadi, menggunakan spatula atau senduk kayu untuk kaupbalikkan hingga kesemua bahan sebati. Adunan waffles siap untuk dimasak dalam acuan waffles.
5. Apabila waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
6. Tutup penutup waffle maker dan masak hingga waffle masak sepenuhnya (anggaran 5 minit).
7. Hidangkan panas bersama jem, whipped fresh cream, madu atau ikut citarasa.
No comments:
Post a Comment