dengan sedikit taburan coklat chip jika suka...
hidangkan dengan koktel buah2an, maple syrup & whipped fresh cream (non-dairy UHT) jika suka...
PANKEK MUDAH@VERSI PANDAN
sumber : FB : Koleksi Resipi Kuih Muih@ Fiza Saad...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan susu segar - suam
2 biji telur gred A/B
4 sudu besar mentega, dicairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Campurkan tepung naik sendiri, baking powder, cream of tartar, garam dan diayak.
2. Kemudian masukkan susu suam, gula dan telur, gaul sebati menggunakan whisk.
3. Masukkan mentega atau minyak jagung, pandan paste dan pewarna hijau, gaul sebati.
4. Pastikan adunan tepung tidak bergentel-gentel (tapiskan jika perlu), biarkan 10 minit.
5. Panaskan kuali non-stick, sapukan sedikit mentega dan tuangkan 1/3 cawan adunan (atau 1 senduk) ke dalam kuali. (Taburkan sedikit coklat chip di atasnya jika suka).
6. Bila sudah kelihatan bersarang, terbalikkan dan bila kelihatan keperangan bolehlah diangkat.
7. Hidangkan bersama sos pilihan.
No comments:
Post a Comment