Monday, October 17, 2016
RENDANG AYAM...
RENDANG AYAM
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 batang serai - titik
1 paket kecil kerisik
200 ml santan pekat
1 helai daun kunyit - dicarik-carik
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
10 biji cili padi atau lebih jika suka pedas
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
3 inci kunyit hidup
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
2. Masukkan sedikit air dan masukkan ayam dan serai.
3. Perlahankan api dan biarkan ayam empuk.
4. Masukkan santan, garam, gula secukup rasa dan kerisik, kacau.
5. Masukkan daun kunyit, kacau sebati.
6. Pastikan api perlahan dan kacau hingga kuah agak pekat dan hampir kering.
7. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment