Monday, October 10, 2016
KEK OREN GEBU...
KEK OREN GEBU
buku : Jamuan Kek Chef Zubaidah...
Bahan-Bahan :
250 gm mentega
200 gm gula kastor
1 biji buah oren (parutkan kulitnya)
1 sudu teh oren emulco
4 biji telur gred A/B
225 gm tepung naik sendiri
70 gm tepung gandum
50 gm susu cair
Cara-Cara :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu kemudian masukkan oren emulco, gaul sebati.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung gandum, gaulkan sehingga rata.
4. Akhir sekali, masukkan parutan kulit oren dan susu cair. Kacau sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci, sapu mentega dan dialas kertas minyak.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 150'C selama 45 minit hingga masak atau bergantung pada oven masing-masing. (saya bakar didalam papercup, taburkan dengan sedikit hirisan badam)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment