Tuesday, October 11, 2016
PUDING ROTI KURMA...
PUDING ROTI KURMA
Majalah SAJI Jun 2012 - 'Chef Hanieliza'...
Bahan A :
500 ml susu segar
10 keping roti Gardenia
Bahan B :
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula halus
2 biji telur gred A/B (saya guna gred B)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung gandum
15 biji kurma
1 sudu besar minyak masak (untuk oles pada loyang)
sedikit campuran gula pasir + serbuk kayu manis = gaul sebati (untuk ditabur pada permukaan puding, jika suka)
Cara Menyediakan :
1. Roti dikoyakkan dan rendam di dalam susu segar selama 30 minit.
2. Kurma dibuangkan biji dan dipotong kecil-kecil.
3. Kacau dan gaul rata kesemua bahan B kecuali minyak masak.
4. Kemudian gaul sebati bahan B dan bahan A.
5. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah disapukan minyak masak.
6. Taburkan permukaan puding dengan campuran gula pasir + serbuk kayu manis, jika suka.
7. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak sepenuhnya.
8. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan begitu saja atau enak dihidang bersama sos kastad dan ice cream vanilla bersama buah-buahan koktel atau ikut citarasa.
Bahan Sos Kastad :
1 cawan susu segar atau 1/2 cawan susu sejat + 1/2 cawan air
1 sudu besar penuh gula kastor
1 sudu besar penuh tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
beberapa titis pewarna kuning (optional)
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan untuk sos kastad kecuali esen vanilla. Kacau rata dan tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil dkacau hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Kacau sekejap dan tutup api. Biarkan hingga hilang wap panas dan simpankan sos kastad di dalam peti sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampak sedap lah zara..
ReplyDeletemacam nak cuba nanti..
Silakan Norhayati...
ReplyDelete