Sunday, October 2, 2016
TUMIS PETOLA...
TUMIS PETOLA
buku masakan 'Ruzita's Kitchen'...
Bahan-Bahan :
1 batang petola - potong serong/bulat
15 tangkai cendawan tiram - potong atau carik-carik (tambahan)
1 biji cili merah - hiris
1/2 sudu besar garam kasar
1 keping asam gelugur
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar ikan bilis
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih (tambahan)
1/2 sudu besar lada hitam
400 ml air
Cara Memasak :
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam, ikan bilis dan air.
2. Masukkan ke dalam periuk.
3. Masukkan garam dan gula, kacau.
4. Masukkan asam gelugur.
5. Bila mendidih, masukkan petola, cendawan tiram dan cili merah.
6. Biarkan mereneh seketika. Sesuaikan rasa dan tutup api.
7. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment