Monday, October 10, 2016
KARI AYAM
KARI AYAM
buku masakan 'Ruzita's Kitchen'...
Bahan-Bahan :
400 gm ayam - potong kecil
1 biji kentang - kupas kulit & belah 6
1 paket kecil serbuk rempah kari BABAS
1 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil halba
1 liter santan
1 sudu besar cili kisar
1/5 keping gula melaka
1 sudu besar kerisik (tak letak)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih serta halba.
2. Bila bawang layu, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga, kacau.
3. Masukkan daun kari dan halia, kacau rata.
4. Masukkan rempah kari (bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes). Kacau hingga rempah masak atau terbit minyak.
5. Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk. Biar hingga ayam dan kentang empuk.
6. Masukkan santan. Kacau rata tanpa henti.
7. Masukkan cili kisar, gula melaka, garam dan kerisik.
8. Sesuaikan rasa. Biarkan merenih seketika dan tutup api...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment