KEK PISANG

Monday, October 31, 2016

ROTI GULUNG SOSEJ AYAM BERKEJU...










ROTI GULUNG SOSEJ AYAM BERKEJU
sumber  :    SAJI April 2016...





Bahan-Bahan :

    5  keping  roti putih
    5  ketul  sosej ayam
    5  keping  keju cheddar
    1  biji  telur  -  dipukul
100  gm  serbuk roti oren/putih atau secukupnya


Cara-Cara :

1.  Potong tepi roti dan gelek/canai hingga nipis.  Kemudian letakkan sekeping keju cheddar bersama seketul sosej ayam.

2.  Gulung dengan kemas dan dihujung roti tersebut sapukan sedikit telur sebagai bahan pelekat.  Lakukan dengan kemas.

3.  Selepas itu celupkan roti sosej ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.  Lakukan kesemua pada baki bahan hingga selesai.

4.  Simpan di dalam peti sejuk selama 5 minit sebelum digoreng dengan api sederhana kecil sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan.

5.  Sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan...

1 comment:

  1. Sedap roti gulung sosej ni, feberet anak-anak. Nanti boleh dicuba resepinya.

    ReplyDelete