KEK PISANG

Saturday, October 22, 2016

TUMIS SUHUN FUCUK...











TUMIS SUHUN FUCUK
oleh  :    zaralovebaking...





Bahan-Bahan :

1  pek kecil  suhun  -  direndam
1  keping  fucuk  -  dipatah-patah & direndam
1  biji  ubi kentang  -  dipotong kiub
1  batang  saderi  -  dipotong
1  sudu teh  udang kering
3  biji  bawang merah  -  dihiris
2  ulas  bawang putih  -  dihiris
2  cm  halia muda  -  dihiris
1  biji  cili merah  -  dihiris serong
1  sudu teh  serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya  -  untuk taburan
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga wangi.
2.  Masukkan air secukupnya, ubi kentang dan biarkan mendidih hingga kentang empuk.
3.  Apabila kentang telah empuk, masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4.  Kemudian masukkan pula saderi, suhun, fucuk dan cili merah.
5.  Selepas dua atau tiga minit, angkat, taburkan dengan bawang goreng dan hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment