Monday, October 10, 2016
SIAKAP/TENGGIRI LADA HITAM...
SIAKAP/TENGGIRI LADA HITAM
buku : 'Ruzita's Kitchen'...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ikan siakap (sederhana besar, ambil bahagian ekor), saya guna 5 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 senduk kecil sos lada hitam
1 biji cili merah - hiris (tak letak, tiada stok)
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu besar sos cili
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ikan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Sapu ikan dengan garam dan goreng hingga masak. Letakkan di atas pinggan.
2. Buang lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan anggaran 3 sudu besar.
3. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu dan berbau harum.
4. Masukkan sos lada hitam, sos cili dan sedikit air, kacau rata.
5. Masukkan garam, gula secukup rasa dan bawang besar. Biarkan bawang sedikit layu.
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.
7. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment