Wednesday, October 26, 2016
PUDING SAGU...
PUDING SAGU
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
1/2 cawan biji sagu
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Susu cair secukupnya
Pewarna pilihan
Bahan Air Gula :
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Cara-Cara :
1. Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna pilihan, masukkan biji sagu dan masak sambil dikacau sekali sekala hingga biji sagu bertukar jernih kemudian tuangkan ke dalam bekas kecil atau loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya.
2. Untuk bahan air gula : Masukkan semua bahan air gula ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
3. Bila nak hidang, ambil sagu dengan sudu masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai dan tuangkan air gula diikuti dengan susu cair.
TIPS : Tunggu air mendidih dahulu baru bilas biji sagu dengan air dan terus masukkan ke dalam periuk berisi air mendidih tadi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment