Thursday, October 27, 2016
AYAM MADU...
AYAM MADU
cookbook : Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
3 ketul peha ayam (saya guna 1/2 ekor ayam dipotong kecil)
1 biji bawang besar - belah 4
1 biji cili merah - potong memanjang/hiris menyerong
1/3 cawan madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar bijan putih - sangai seketika
Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar :
1 inci halia
6 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
Cara Memasak :
1. Ayam disapu garam dan digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Masukkan madu dan gula, kacau hingga gula hancur/larut.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah.
5. Curahkan ke atas ayam goreng dan taburkan bijan.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment