Saturday, October 1, 2016
PANKEK@LEMPENG DURIAN...
PANKEK@LEMPENG DURIAN
sumber : FB : Let's Masak/Naazira Parveen...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3 ulas isi durian - ambil isinya
3/4 cawan susu segar
3-4 sudu besar gula kastor atau ikut citarasa
1/4 cawan susu cair
1/4 sudu teh garam halus
1 biji telur gred A
beberapa titis pewarna kuning
Cara-Cara :
1. Kisarkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Panaskan non-stick pan dan griskan sedikit mentega pada pan.
2. Ambil 1 senduk adunan dan tuangkan ke atas pan. Agak-agak masak bahagian bawah (kelihatan naik gelembung udara bahagian atas) terbalikkan lempeng.
3. Biarkan dalam seminit dua atau ia kelihatan kemerahan, lalu angkat. Siap.
4. Boleh makan begitu sahaja atau dengan kuah durian, maple syrup, sos coklat atau ikut citarasa.
TIPS : Gula ikut kemanisan isi durian... kalau isi durian itu manis, kurangkan gula...
Labels:
Pancake/pankek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment