Saturday, October 15, 2016
RESIPI BUAH MELAKA...
RESIPI BUAH MELAKA
sumber : iResipi.com/Che' Nom...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras/tepung gandum (saya guna tepung gandum)
5 helai daun pandan - dipotong
Gula melaka dipotong kiub kecil
Kelapa parut bahagian putih - gaulkan dengan sedikit garam halus atau secukup rasa
Sedikit pewarna hijau
Cara-Cara :
1. Didihkan air 3/4 penuh di dalam periuk.
2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campurkan air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuangkan air tersebut sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras/tepung gandum sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat/bebola.
4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
5. Salutkan buah melaka dengan kelapa parut dicampur dengan sedikit garam, gaul rata dan sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment