26/10/2016 (Rabu) Juadah tengahari (KURMA AYAM & TUMIS BAYAM) untuk hari ini disediakan oleh anak bujang bongsu ku. Beliau ingin belajar memasak dari ku katanya sambil itu dapat menjimatkan perbelanjaan ketika berada di universiti. Kebetulan cuti semester ni dapatlah beliau belajar resipi yang ringkas dan mudah, alhamdulillah...
KURMA AYAM
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - cuci & potong
1 peket kecil rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
1 biji kentang - kupas kulit & potong kiub
1 batang lobak merah - kupas kulit & potong kiub
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
1 keping asam gelugur
200 ml santan pekat (anggaran 1 peket kecil)
50 ml air atau secukupnya
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1/4 cawan minyak
Garam & gula secukupnya
Cili merah & hijau untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga.
2. Bila layu, masukkan rempah kurma. Kacau rata.
3. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah.
4. Tutup periuk dan perlahankan api. Tunggu hingga ayam empuk.
5. Masukkan air dan santan. Masukkan juga asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan cili merah dan hijau, jika suka. Sesuaikan rasa. Bila mendidih, bolehlah diangkat.
7. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak.
TUMIS BAYAM & SAYUR FUCUK
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1 ikat bayam hijau
1 keping fucuk - potong-potong & rendam hingga lembut
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Bayam diasingkan dari batangnya dan basuh. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putihg hingga wangi.
3. Masukkan bayam, fucuk dan garam secukup rasa. Kemudian kacau rata.
4. Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan. (Jika suka berkuah, tambahkan sedikit air).
No comments:
Post a Comment