Sunday, October 2, 2016
JEMPUT-JEMPUT PISANG TEPUNG BERAS...
JEMPUT-JEMPUT PISANG TEPUNG BERAS (a keeper)
sumber : Lina Pg & MamaDee..(lembuttt & sedapp)...
Bahan-Bahan :
3 biji pisang bersaiz besar atau 5-6 biji pisang emas
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum (atau boleh guna 3/4 cawan tepung beras sepenuhnya)
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu besar gula pasir
secubit garam
Cara-Cara :
1. Lenyekkan pisang. Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda bikarbonate, garam dan gula ke dalam pisang yang telah di lenyekkan tadi. (Tambah sedikit air jika adunan agak kering). Gaul sebati.
2. Biarkan selama 30 minit. Panaskan minyak secukupnya.
3. Sudukan adunan ke dalam minyak panas. Buat dengan cepat supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat-bulat.
4. Sentiasa dikacau supaya jemput-jemput terbentuk bulat dan menarik. Goreng dengan api sederhana hingga masak.
5. Setelah masak, angkat, toskan minyaknya dan sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment