Wednesday, October 26, 2016
PENGAT 3 JENIS UBI...
PENGAT 3 JENIS UBI
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 biji keledek bersaiz besar
1 biji keladi bersaiz sederhana
1 biji ubi kayu bersaiz sederhana
1 cawan gula melaka - diracik kecil (saya guna gula merah)
Sedikit gula pasir atau ikut manis yang dikehendaki
1 peket kecil santan pekat
1 helai daun pandan - disimpul
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Bersihkan ketiga-tiga jenis ubi kemudian dipotong dadu.
2. Di dalam periuk, rebus ketiga-tiga jenis ubi bersama air secukupnya sehingga lembut.
3. Masukkan santan, gula melaka, gula pasir dan daun pandan dan masak sehingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau perlahan supaya tidak pecah santan.
4. Akhir sekali, masukkan sedikit garam dan kacau perlahan. Setelah mendidih, matikan api dan angkat.
5. Hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment