KEK PISANG

Sunday, October 2, 2016

KUIH LOPES...











KUIH LOPES
sumber  :   FB :  Resepi Bonda.com...





Bahan-Bahan :

   2  cawan  beras pulut susu 
   2  cawan  santan cair
1/2  cawan  air pandan
   1  sudu teh  air kapur
1/2  sudu teh  garam
Pewarna hijau
Kelapa parut putih + sedikit garam  -  gaul sebati & kukus selama 5 minit


Cara-Cara :

1.  Beras pulut susu direndam selama 1 jam dengan air.  Masukkan juga pewarna hijau secukupnya dan air kapur.
2.  Kisarkan daun pandan 3-4 helai bersama 1/2 cawan air dan ditapis ambil airnya.
3.  Kemudian toskan beras pulut susu dan masukkan ke dalam loyang.
4.  Kukus selama 20 minit atau hingga masak. 
5.  Selepas itu masukkan santan dan air pandan dan kukus lagi selama 30 minit hingga masak sepenuhnya.
6.  Masukkan pulut ke dalam acuan yang disukai dan tekankan padat.
7.  Kemudian keluarkan dari acuan dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
8.  Hidangkan bersama sirap gula melaka...


Bahan Sirap Gula Melaka :

2  keping  gula melaka
3  cawan  air
2  sudu besar  gula pasir
1  helai  daun pandan  -  disimpul


Cara-Cara :

     Masukkan kesemua bahan sirap ke dalam periuk dan masak hingga gula hancur/larut.  Tapiskan.  Sedia untuk dihidangkan bersama pulut...

No comments:

Post a Comment